Berita Hari Ini

Dakwaan Penemuan Baharu MH370 Bakal Terjawab Esok?

KUALA LUMPUR: Segala konspirasi dan dakwaan di media sosial mengenai kapal pencarian Malaysia Airlines MH370, ‘Seabed Constructor’ ‘hilang’ dari radar selama tiga hari di Lautan Hindi diredakan dengan kehadiran Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman di Perth, Australia.

Beberapa hari lalu, kapal pencarian milik syarikat Ocean Infinity tidak dapat dikesan oleh radar selama tiga hari sejak 1 Februari dan situasi itu menimbulkan pelbagai andaian dan spekulasi.

Ini kerana, jika sesuatu ditemui, kapal pencarian tersebut didakwa perlu berada di dalam keadaan ‘pegun’.

Menurut Azharuddin, buat masa ini masih belum menunjukkan sebarang petunjuk positif.

Beliau turut berkata, kapal pencarian “Seabed Constructor” itu kini berlabuh di pelabuhan berdekatan Henderson di Perth, Australia untuk menambah bekalan (resupply).

Azharuddin yang juga Ketua Pasukan Bertindak MH370 turut berada di Perth untuk berjumpa pengendali operasi Ocean Infinity (OI) serta dua anggota Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) yang turut sama dalam operasi tersebut.

“Belum lagi (ada sebarang perkembangan). Saya di sini (Perth) untuk melawat kapal tersebut. Esok saya pergi lawatan.

“Hanya lawatan sementara kapal itu berlabuh di pelabuhan untuk resupply (tambah bekalan).

“Ia hanya lawatan dan berjumpa dengan pegawai kita (TLDM) yang ada di atas kapal itu, dua orang selain untuk berbincang dengan pegawai-pegawai Ocean Infinity (OI).

“Setakat ini tiada lagi (petunjuk positif), tapi esok mungkin akan update (kemas kini),” katanya lapor Astro AWANI.

Sebelum ini, misi pencarian diterajui Australia sudah meliputi kawasan perairan seluas 120,000 kilometer persegi di pesisir barat benua itu selama 28 bulan.

Namun, pencarian dihentikan pada Januari tahun lalu.

Misi kali kedua ini pula yang membabitkan 65 kru dari pelbagai negara termasuk dua anggota Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) sebagai wakil kerajaan Malaysia sendiri.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");