Perak Hari Ini

DAP Perak Taja Pendidikan Anak Rafizi Tanda Solidariti

IPOH:DAP Perak akan memberikan tajaan pendidikan kepada anak Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli sebagai tanda solidariti setelah dijatuhi hukuman penjara selama 30 bulan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 7 Febuari lalu.

Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming berkata tajaan pendidikan sebanyak RM5,000 itu sebagai tanda solidariti terhadap Ahli Parlimen Pandan itu yang akan kehilangan pekerjaan setelah menjalani hukuman penjara.

“Pakatan Perak mengesa rakyat malaysia supaya jangan membiarkan pengorbanan Rafizi tidak menjadi sia-sia dan kami amat terharu dan hiba di atas hukuman penjara yang dikenakan, pihak yang mendedahkan rasuah dipenjarakan dan tetapi yang berlaku salah bermaharajalela,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

Kor Ming turut meminta mana-mana pihak berkemampuan untuk tampil kedepan beri bantuan kepada Naib Presiden PKR itu.

Terdahulu, Mahkamah Sesyen Shah Alam menjatuhkan hukuman penjara 30 bulan ke atas Rafizi kerana mendedahkan empat akaun bank berkaitan National Feedlot Corporation (NFC) dan Pengerusinya, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail.

Beliau bersama seorang lagi tertuduh yang juga bekas kerani bank, didapati bersalah melanggar Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (BAFIA).

Mengulas lanjut, Kor Ming berkata, keputusan mahkamah terbabit tidak akan menghentikan pakatan pembangkang daripada terus membangkitkan isu NFC.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");