Perak Hari Ini

Dekati Masyarakat Menerusi Sukan Rakyat

TANJUNG TUALANG: Bagi mendekatkan lagi hubungan antara masyarakat, Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tualang Sekah hari ini mengadakan Karnival Sukan Rakyat di Padang Sekolah Kebangsaan Tanjung Tualang,  dekat sini, pada Ahad.

ADUN Tualang Sekah, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata ianya merupakan acara tahunan yang lazim dilakukan pusat khidmat berkenaan namun kali ini ia menampilkan kelainan dengan mengetengahkan sukan  tradisional  kepada kira-kira 500 orang peserta.

Jelasnya, tujuan lain  program ini diadakan ialah bagi memberi pendedahan sukan tersebut kepada golongan muda di sini.

 

“Memang setiap tahun kita adakan program seperti ini cuma pada kali ini, kita memilih PDM (Pusat Daerah Mengundi) Batu 7 untuk kita mengadakan sukan rakyat ini.

“Selari dengan matlamat kita, melalui Majlis Kebudayaan Negeri untuk menghidupkan semula sukan-sukan rakyat tradisional dikalangan anak-anak muda kita,” katanya.

 

Selain itu katanya, pada hari yang sama, Pusat Khidmat ADUN Tualang Sekah juga turut mengadakan program ‘Tanam Anak Benih’ di seluruh kawasan Parlimen Kampar yang melibatkan lebih dari 3,000 pokok.

“Ini merupakan cara kita untuk membantu mempertingkatkan lagi ekonomi penduduk setempat.

“Setiap kampung dan zon itu mempunyai satu jenis pokok sahaja sebagai contoh di Gopeng kita beri pokok durian, Kampung Changkat Baru kita beri pokok buah jambu baru dan buah rambutan di PDM Air Mati,” ujarnya yang juga merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian Dan Kebudayaan Negeri.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Karnival Sukan Rakyat di Padang Sekolah Kebangsaan Tanjung Tualang, hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");