Membawang Hari Ini

Dikritik Tidak Layak Jadi Juri, Farah Nabilah Mohon Maaf

GARA-GARA memberikan komen jujur terhadap peserta program Bintang Bersama Bintang (BBB) Ahad lalu, pelakon Farah Nabilah telah dikritik hebat oleh netizen yang kurang bersetuju dengan pendapat yang dilontarkan.

Malah ada yang menganggap heroin drama Titian Cinta itu berlagak ‘diva’ dan membuat muka sombong ketika memberi komen kepada peserta-peserta pertandingan tersebut.

Menyedari respons yang diberikan netizen, Farah telah membuat permohonan maaf menerusi Insta Story (Instagram) miliknya.

“Minta maaf jika komen saya terlalu negatif, diva, atau berlagak. Saya komen ikhlas, kalau tak boleh terima, tak apa. Lagipun hari ini first day PMS. Silap laa..,” tulisnya memetik sumber Sinar Harian.

Farah dijemput sebagai juri undangan bersama pelawak terkenal Saiful Apek yang bertindak sebagai juri tetap program tersebut.

Meskipun Farah telah memohon maaf, masih ramai netizen yang tidak berpuas hati dan menyifatkan pelakon ini tidak layak menjadi juri kerana gagal memahami lawak-lawak yang dipersembahkan.

Dalam pada itu, Farah turut menutup ruangan komen di akaun Instagramnya pada hari kejadian kerana tidak mahu netizen mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya.

“Tutup komen sebab tak nak korang buat dosa free, bukan takut pun,” ujarnya berterus-terang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");