Sukan Hari Ini

Dua Pemain Sarawak Dan Seorang Bookie Mahu Nama ‘Dibersihkan’

KUCHING: Peguam bela kepada dua pemain bola sepak Sarawak serta seorang lelaki dipercayai bookie yang bebas daripada perintah reman selepas disyaki terlibat dalam kegiatan mengatur perlawanan Liga Premier 2018 pada 10 Februari lalu tidak menolak kemungkinan untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS).

Dalam kenyataan media yang dibacakan oleh peguam ketiga-tiga individu terbabit, Irawan Sudarsono berkata, anak guam mereka telah memberikan kerjasama penuh dalam siasatan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika ditahan reman selama enam hari sebelum ini.

Katanya, klien mereka juga berharap nama dan reputasi dua pemain skuad Bujang Senang serta seorang awam dibersihkan oleh pihak berkaitan.

“Bagaimanapun, klien kami amat kecewa dengan pendekatan FAS dalam mengendalikan siasatan atau tuduhan seperti yang berlaku baru-baru ini.

“Sehubungan itu, kami sebagai barisan peguam yang dilantik akan melihat semua kebarangkalian mengambil tindakan sivil terhadap FAS untuk menuntut keadilan kepada mereka,” katanya menerusi laporan Kosmo Online hari ini.

Dalam pada itu, Irawan memberitahu, sehingga ini, anak-anak guam mereka tidak menerima sebarang permohonan maaf daripada FAS berikutan impak siasatan atau dakwaan terhadap mereka.

Terdahulu, bapa kepada dua pemain bola sepak terbabit serta seorang lelaki tampil membuat laporan di Balai Polis Sentral di sini hari ini.

Abu Bakar Alem, 53, membuat laporan mewakili anaknya, Mohd. Hafiz Abu Bakar, 28, manakala

Zakeria Ibrahim, 51, mewakili Mazwandi Zakeria, 29.

Sementara itu, Mohamad Zaiman Rosli, 34, turut membuat laporan sama berhubung perkara tersebut untuk tindakan selanjutnya.

Agensi media tempatan sama hari ini melaporkan dua pemain bola sepak Sarawak dan seorang lelaki dipercayai bookie dibebaskan daripada reman dengan jaminan SPRM di Mahkamah Majistret Kuching semalam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");