Berita Hari Ini

Dunia Melayu Dalam Peradaban Islam Perlu Budaya Tinggi

KUALA LUMPUR – Rantau Dunia Melayu perlu memelihara budaya serta adab agar tidak ditelan oleh budaya dan pengaruh barat yang kini menyerap masuk ke dalam budaya Melayu.

Masyarakat di rantau ini seperti Malaysia, Indonesia, Singapura dan Kepulauan Melayu termasuk yang berada di luar negara perlu mengamalkan budaya yang tinggi dalam kehidupan seharian dan mampu menjadi ikutan masyarakat lain.

Penasihat Sosiobudaya Kerajaan, Tan Sri Dr Rais Yatim berkata, rakyat Jepun dan Korea misalnya mengamalkan amalan pembudayaan tinggi sehingga menjadi contoh masyarakat dunia.

“Sebagai contoh yang boleh di ambil masyarakat Korea dan Jepun mereka mengamalkan budaya tinggi walaupun negara mereka dihambat dengan kemajuan teknologi dengan menyedari erti dan hakikat peribahasa berkaitan melentur rebung sebelum menjadi buluh (dan ini turut menyentuh) amalan praktikal berkaitan dengan masyarakat penyayang, prihatin, hormat ibu bapa, guru dan orang tua, cintakan ilmu dan kebersihan masih diamalkan,” katanya.

Beliau ditemui ketika menyampaikan Syarahan Perdana yang bertajuk Dunia Melayu Dalam Peradaban Islam: Perlunya Budaya Tinggi. Syarahan ini berlangsung di Institut Antarabangsa Tamadun Islam dan Dunia Melayu (ISTAC) UIAM Kampus Kuala Lumpur di sini, pada Isnin lapor Sinar Harian.

Selain itu juga, umat Islam perlu menerokai peluang-peluang dan ilmu baharu melalui kerjasama serantau dalam melahirkan pemikir serta sarjana yang boleh menarik minat negara lain untuk menjadikan rantau ini sebagai pusat rujukan.

“Semua ini perlu bermula dengan institut pengajian tinggi rantau ini, perlu ada satu kerjasama supaya orientalis barat tidak memandang rendah dan ilmu serta budaya yang sedia ada tidak dijajah oleh pihak barat,” ujar beliau lagi.

Rais turut mengingatkan, pusat pengajian Melayu serantau perlu memainkan peranan yang penting bagi memelihara ketamadunan Dunia Melayu serta pelbagai aktiviti menarik perlu di jalankan bagi menarik minat anak muda supaya dapat memelihara dan memulihara budaya, bahasa dan adab.

Syarahan ini dihadiri seramai hampir 300 orang yang terdiri daripada para Duta-Duta di Malaysia, para pelajar, pensyarah serta organisasi bukan kerajaan (NGO) dan aktivis budaya.

Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Seri Mustafar Ali, Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Datuk Seri Dr Zaleha Kamaruddin dan timbalan-timbalan rektor serta pegawai-pegawai pengurusan universiti.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");