Sukan Hari Ini

Durakovic Tetap Gembira Raih Satu Mata

KUANTAN: Jurulatih Perak, Mehmet Durakovic memuji persembahan skuadnya kerana meraih satu mata selepas seri tanpa jaringan dengan Pahang di Stadium Darul Makmur malam tadi.

Katanya, walaupun The Bos Gaurus memiliki peluang meraih tiga mata, keputusan itu adalah permulaan yang baik terutama aksi di tempat lawan.

“Kami sepatutnya mampu menewaskan tuan rumah dengan beberapa peluang keemasan dimiliki pada separuh masa pertama tetapi pemain gagal melakukan penyudah tepat.

“Namun saya akui Pahang adalah pasukan yang bagus dan mereka berjaya mengawal keadaan untuk memastikan gawang tidak dibolosi,” katanya, menerusi laporan BH Online.

Mengulas perlawanan pertama saingan Liga Super, beliau mengakui masih terlalu awal untuk menilai prestasi The Bos Gaurus kerana semua pasukan memiliki barisan pemain berpengalaman dan terbaik.

Katanya, ini kerana Johor Darul Ta’zim (JDT) adalah sebuah pasukan yang terbaik berdasarkan pencapaian yang dimiliki mereka.

“Begitu juga Pahang, Kedah, Selangor dan Terengganu yang dilihat memiliki pemain yang bagus. Oleh itu, apa yang perlu dilakukan Perak adalah mempamerkan prestasi terbaik,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");