Membawang Hari Ini

Eina Azman Hadiahkan Aubrey, Karl Jam Tangan Bernilai Lebih RM19,000

Setiap ibu bapa pastinya akan memberikan yang terbaik dan sanggup berkorban demi membahagia dan menggembirakan anak-anak mereka.

Termasuklah pelakon Datin Paduka Eina Azman dan suaminya juga punya cara tersendiri untuk menunjukkan kasih sayang kepada pasangan pertama hati mereka, Arianna Aubrey dan Karl Kareef.

Sempena menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-2 anak-anak kembar mereka itu yang jatuh pada hari ini, Eina bukan saja mengadakan sebuah parti hari jadi malah tambah mencuri perhatian ramai, pelakon drama Selamat Pengantin Madu itu juga telah memberikan hadiah seutas jam tangan berjenama Rolex untuk Aubrey dan Karl.

Beberapa jam lalu, Eina menerusi aplikasi Insta Story memuat naik video berdurasi 32 saat itu menunjukkan dia sedang berjalan-jalan di sebuah pusat membeli belah dan kemudian dia berada di sebuah kedai jam tangan.

Eina telah memilih dua utas jam tangan (satu belatar warna merah jambu dan satu lagi berwarna biru). Eina memberitahu jam itu adalah hadiah hari jadi untuk Aubrey dan Karl.

“Satu warna biru, satu warna pink. So (Jadi) ini hadiah untuk Aubrey Karl. Cantik!, ” itu antara kata-kata yang diucap Eina.

Selain itu turut disertakan sekeping gambar menunjukan dua utas jam tangan berserta tanda harga. Jam tangan yang berwarna merah jambu berharga RM18,810 dan jam berwarna biru berharga RM19,210.

Wah! Bertuah Aubrey dan Karl, kecil-kecil lagi sudah merasa memakai jam tangan mewah. Semoga kedua-duanya terus membesar dengan sihat dan menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.

Eina mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden pada 31 Ogos 2014.

Pada 19 Februari 2016, kebahagiaan bahtera yang dibina pasangan itu diserikan lagi dengan kelahiran Aubrey dan Karl.-MD

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");