Sukan Hari Ini

Eriksen Ledak Gol Terpantas, Mourinho Dedah Tak Masuk Akal

CHRISTIAN Eriksen mejadi penjaring paling pantas dalam sejarah Liga Perdana Inggeris apabila menyumbat gol pada saat kesebelas perlawanan.

Gol yang dijaringkan Eriksen itu dicatat pada pertemuan dengan Manchester United di Stadium Wembley.

Manakala anak buah Jose Mourinho dikejutkan sekali lagi dengan jaringan gol sendiri oleh Phil Jones pada minit ke-28.

Impian United untuk pulang dengan tiga mata penuh atau sekurang-kurangnya satu mata namun hampa apabila Spurs mengekalkan keputusan dua gol.

Malah Mourinho menyifatkan barisan pertahannya tidak masuk akal.

“Sepakan terus ke gol memang tidak masuk akal. Gol itu berlaku selepas beberapa saat permainan berlangsung dan ia telah mempengaruhi seluruh permainan.?

“Ini kerana Tottenham boleh bermain dengan cara yang mereka suka.

“Kedua-dua gol langsung tidak masuk akal. Pemain-pemain saya hanya melihat Tottenham menyepak bola berkali-kali.

“Ia adalah gol yang sangat-sangat teruk. Selepas mereka menjaringkan gol, kami cuba mencipta peluang.”Tetapi  secara mentalnya ia telah ‘membunuh’ mereka,” jelas Mourinho.-Mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");