Perak Hari Ini

FAMA Rancang Penyediaan Pusat Khidmat Bergerak Di Pasar Tani

KAMPUNG GAJAH:Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) berusaha untuk memberi penjenamaan semula kepada semua pasar tani di negara ini dengan menyediakan perkhidmatan pusat khidmat bergerak dengan kerjasama semua agensi kerajaan.

Pengerusi FAMA, Tan Sri Dato Paduka Badaruddin Amiruldin berkata ruang pasar tani akan menempatkan trak bergerak serta gerai pameran milik pelbagai agensi kerajaan untuk kemudahan rakyat mendapatkan perkhidmatan seperti  Pusat Transformasi Bandar (UTC).

“Ia bakal dilancarkan pada bulan Mac ini seluruh negara bersama agensi kerajaan yang memberi perkhidmatan di pasar tani melalui kerjasama Strategi Lautan Biru kebangsaan (NBOS) dan Kementerian kewangan.

“Setiap lokasi pasar tani akan ada trak bergerak perkhidmatan Pejabat Pos, Tabung Haji dan sebagainya yang akan beri perkhidmatan kepada rakyat dikawasan pasar tani,” katanya.

cof

Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis Pecah Tanah Tapak Pasar Tani Kekal Kampung Gajah di sini hari ini.

Pasar tani kekal itu dijangka akan dimulakan pada Mei 2018 dan dijangka siap pada Febuari 2019 serta dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk memberi keselesaan kepada peniaga serta pengunjung kelak.

Sebanyak 21 buah tapak pasar tani kekal telah beroperasi dan 10 buah lagi dalam proses pembinaan di seluruh negara bagi menempatkan peniaga di satu premis kekal yang lebih kemas.

Malah katanya ruang khas untuk wakil rakyat di setiap pasar tani bagi memberi ruang kepada rakyat mendengar permasalahan rakyat di setiap kawasan.

“Kita mahu jenamakan pasar tani untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat dengan pelbagai fungsi dan kemudahan kepada rakyat.

“Fama mensasarkan sebanyak 1000 pasar tani menjelang tahun 2020 yang kini terdapat sebanyak 986 pasar tani seluruh negara,” katanya.

Mengulas mengenai pelaksanaan Jualan Jimat Belanja Dapur (JBD) yang diadakan tahun ini telah dimulakan seawal tahun 2014 lagi bagi memberikan harga berpatutan kepada pengguna.

“Potongan harga sebanyak 5 hingga 20 peratus dan jualan murah bagi 27 jenis barangan keperluan yang dijual di pasar tani.

“Usaha ini dapat meringkan beban mereka di bandar atau luar bandar apabila berbelanja di pasar tani,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");