Sukan Hari Ini

Faris Lega Tebus Kesilapan

AKSI Liga Super di antara Terengganu FC (TFC) dan PKNS FC di Kuala Terengganu Sabtu lalu menyaksikan Muhammad Faris Ramli memainkan dua watak berbeza.

Selepas melakukan kesilapan memberi penalti kepada lawan, pemain kelahiran Singapura itu bangkit dengan mencipta peluang gol pertama buat PKNS sebelum memastikan pasukannya membawa pulang satu mata.

Perlawanan itu menyaksikan pengadil, Zamzaidi Katimin, memberi penalti kepada tuan rumah selepas mendakwa Faris mengasari Abdul Malik Mat Arif dalam kawasan penalti pada minit ke-35.

Kesilapan itu memberikan ruang buat TFC mendahului perlawanan selepas Kipre Brice Hermann Tchetche menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-37.

Namun, Faris tidak hilang fokus apabila terus merangka jaringan penyamaan buat Mohamad Qayyum Marjoni Sabil, empat minit kemudian.

Selepas Rafael Ramazotti de Quadros membawa PKNS di depan pada minit ke-67, percubaan Tchetche sekali lagi menemui jaring pada minit ke-73 untuk melengkapkan kedudukan 2-2.

“Saya sangat gembira kerana dapat membantu dalam jaringan gol penyamaan. Ia kerana saya yang melepaskan gol mudah,” katanya, menerusi laporan Stadium Astro.

Tambahnya, walaupun gagal merakam kemenangan, PKNS berjaya menjelmakan semangat juang tinggi dalam aksi sulung Liga Super.

Malah, dia percaya pasukannya akan lebih bersedia berdepan Pahang di Stadium Shah Alam esok.

?”Saya sangat gembira dapat buat bantuan gol untuk Qayyum, dan selepas itu semangat kami kembali pulih dan berjuang sampai tamat.

“Saya bangga dengan pasukan kami walaupun sekali lagi melepaskan gol kedua. Kami sepatutnya merampas kemenangan tetapi kami cukup gembira dengan satu mata di tempat lawan.

“Bukan hanya kesebelasan utama, semua pemain simpanan sangat penting. Semua pemain tengah berjuang mendapatkan tempat bagi memulakan perlawanan.

“Jurulatih pun sukar untuk memilih pemain dalam setiap pemain kerana semua pemain ada kelebihan masing-masing. Selepas ini kami akan lebih kuat,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");