Membawang Hari Ini

Filem ‘Padmaavat’ Tidak Lulus Tayangan Di Malaysia

PUTRAJAYA: Filem ‘Padmaavat’ tidak dibenarkan ditayangkan di Malaysia kerana mempunyai elemen menyentuh sensitiviti agama Islam, kata Kementerian Dalam Negeri (KDN).

KDN dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan Lembaga Penapis Filem (LPF) telah membuat keputusan tidak meluluskan tayangan filem ‘Padmaavat´ atas alasan jalan cerita filem tersebut memberikan gambaran buruk terhadap agama Islam.

Keputusan LPF itu turut dikekalkan oleh Jawatankuasa Rayuan Filem (JKRF) yang bersidang pada 30 Jan lepas berikutan rayuan yang dikemukakan syarikat pengedar filem itu untuk mempertimbangkan keputusan tapisan filem tersebut, katanya, menerusi laporan Bernama.

“JKRF membuat keputusan untuk mengekalkan keputusan LPF iaitu tidak membenarkan tayangan filem Padmaavat di Malaysia (Tidak Lulus Untuk Tayangan – TUT),” kata KDN.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");