Jenayah

Gambar Jamal Tenat Palsu

SHAH ALAM: Gambar tular yang mendakwa Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos kini tenat adalah palsu.

Menurut Pegawai Khas Media beliau, Mohd Azli Jaafar, Jamal kini berada dalam keadaan sihat.

“Saya mengesahkan gambar yang disebarkan di media sosial dan grup WhatApps hari ini adalah tidak benar.

“Alhamdulillah Datuk Sri Jamal berada dalam keadaan sihat sekarang,” katanya kepada Sinar Online.

Difahamkan gambar tular yang mengaitkan Jamal tenat merupakan gambar rakyat Malaysia yang kini sedang terlantar sakit di hospital.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");