Jenayah

Gempa Bumi Taiwan: Rakyat Malaysia Selamat

KUALA LUMPUR: Kementerian Luar hari ini mengesahkan tiada rakyat Malaysia terlibat dalam kejadian gempa bumi kuat yang melanda wilayah Hualien, di Taiwan pada Selasa.

“Kementerian mengesahkan sehingga kini tiada laporan kematian atau kecederaan melibatkan rakyat Malaysia di kawasan terjejas,” menurutnya dalam kenyataan di sini lapor Bernama.

Wisma Putra melalui Pusat Persahabatan dan Perdagangan Malaysia (MFTC) di Taipei sedang memantau rapi situasi ini.

Rakyat Malaysia yang menetap di Taiwan dinasihatkan agar berhati-hati dan berhubung dengan MFTC serta mematuhi semua arahan dan nasihat keselamatan yang dikeluarkan pihak berkuasa Taiwan.

Warga Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi MFTC di Tingkat 8, San Ho Plastic Building, 102, Dun Hua North Road, Taipei.

Mereka boleh menghubungi talian +(886) 22713 2626 or +(886) 905 121 171 (bagi kes kecemasan) atau e-mel [email protected].

Dilaporkan tujuh orang terkorban dan lebih 250 cedera dalam kejadian gempa bumi kuat berukuran 6.4 pada skala Richter yang melanda wilah Hualien yang terletak kira-kira 165km di tenggara Taipei.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");