Jenayah

Gempar Beg Pakaian Disangka Berisi Bom

BANDAR KUALA KANGSAR – Penduduk Kuala Kangsar gempar apabila sebuah beg mencurigakan disyaki mengandungi bom ditemui di Jalan Raja Chulan, tengah hari tadi.

Beg sekolah berwarna hitam bersebelahan tiang di hadapan sebuah bank itu mencetuskan suasana cemas kepada orang awam kerana ia disangka mengandungi bom.

Bagaimanapun Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Ahmad Termizi Abd Haq mengesahkan beg itu tidak mengandungi bom atau sebarang bahan letupan.

“Polis menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 1.30 petang tadi. Panggilan dari orang awam mengatakan curiga dengan sebuah beg ditemukan di tepi jalan.

“Kita terus menghubungi Unit Pemusnah Bom (UPB) dari Ibu Pejabat Kontinjen Polis Perak untuk memantau situasi itu.

“UPB kemudian melakukan pemeriksaan lanjut dan turut meletupkan beg itu namun tidak menjumpai sebarang bahan letupan,” katanya memetik sumber Sinar Harian.

Menurutnya, polis cuma menjumpai beberapa helai pakaian dalam beg tersebut.

“Kita sedang mengenal pasti pemilik beg yang meletakkan beg itu di kawasan tersebut.

“Setakat ini, polis juga tidak menerima sebarang ugutan berkaitan dengan kes itu,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");