Isu Panas

Hadi Nafi Cadangan Wujudkan 2 Kabinet Kalau Pas Memerintah

KUALA LUMPUR: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menafikan ada mengeluarkan kenyataan kononnya jika parti itu memerintah, menteri kabinet akan diasingkan antara Islam dan bukan Islam.

Menerusi laporan MalaysiaGazette, beliau berkata, dakwaan itu tidak benar sama sekali dan apa yang dimaksudkannya ialah mengenai pembahagian tugas bukan pengasingan kabinet.

“Bukan dua kabinet. (Tapi) Pembahagian tugas. Biasalah dalam kerajaan, ada menteri, timbalan menteri, perdana menteri dan menteri tugas-tugas khas.

“Ada menteri yang dia pantau kementerian-kementerian. Itu biasakan pembahagian? Bukan dua kabinet, itu dia tak faham, tak faham ulasan saya, tak faham,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pejabat Agung Pas, Jalan Raja Laut di sini, semalam.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menjelaskan mengenai maksud dua kabinet, iaitu gabungan mereka yang menganut ideologi negara dan tidak menganut ideologi negara dalam satu pemerintahan.

Iaitu mereka yang mengikut pembahagian tugasan dengan bidang tugas tertentu, bukan dua kabinet terpisah sebagaimana didakwa oleh pihak tertentu.

“Dalam negara moden hanya mereka yang menganut ideologi negara sahaja boleh jadi menteri kabinet. Kalau Demokrat, semua Demokrat. Republikan semua Republikan. Barisan Nasional, semua Barisan Nasional.

“Kalau kita kerajaan teknokrat boleh orang kanan yang lain boleh jadi menteri, dia ada kepakaran. Bukan makna dua itu. Kepakaran-kepakaran dia. Itu kena faham. Bukan makna dua (kabinet), itu tak, ulasan itu tak kena,” tegas beliau.

Abdul Hadi menegaskan, perkara yang diutarakan sebelum ini ditulis oleh ulama dalam kitab Islam yang dikaji oleh ilmuwan Barat.

Mengenai dakwaan seorang penganalisis politik kononnya Pas mahu membawa sistem kasta agama, beliau menjelaskan, Islam menghapuskan kasta sedangkan agama lain seperti Hindu, Kristian ada kasta di mana paderi dianggap suci.

“Berbeza dengan Islam yang menyebutkan bahawa golongan ulama ini tidak suci dan mereka juga berdosa seperti golongan lain serta mesti bertaubat.

“Islam menentang teokrasi yang menjadikan ahli agama sebagai pemimpin mutlak. Malah, Islam menentang diktator, dalam masa yang sama Islam juga mengawasi demokrasi,” tegas beliau.

Menurutnya, demokrasi itu hak rakyat, tapi rakyat jangan dibeli atau dipengaruhi. Kalau majoriti rakyat yang jahil dipengaruhi, demokrasi dah jadi tak betul. Islam menguasai demokrasi,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");