Jenayah

Hanya ‘Pop-Pop’, ‘Happy Boom’ Dibenarkan

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengingatkan larangan memiliki, menjual, membeli atau bermain mercun dan bunga api masih berkuat kuasa menjelang sambutan Tahun Baharu Cina bermula 16 Februari ini.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Asmawati Ahmad, berkata hanya bunga api jenis ‘Pop-Pop’ dan ‘Happy Boom’ dibenarkan kerana tidak mengandungi bahan membakar yang boleh membahayakan keselamatan.

“Bagaimanapun, penjualan kedua-dua jenis mercun berkenaan masih memerlukan permit Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) yang berkaitan dan mengikut spesifikasi ditetapkan.

“Sesiapa yang didapati memiliki, menjual, membeli atau bermain mercun atau bunga selain yang dibenarkan boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 7 dan 8 Akta Bahan Letupan 1958 (Akta 207).

“Jika sabit kesalahan, boleh dipenjara tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

“Bermain dan membakar mercun dan bunga api dilarang juga boleh dihukum penjara tidak melebihi satu bulan atau denda sehingga RM100 atau kedua-duanya mengikut Seksyen 3(5) Akta Kesalahan Kecil 1955,” katanya, menerusi laporan BH Online, hari ini.

Asmawati berkata, bagi pihak yang didapati mengilang, memiliki atau mengimport mercun dan bunga api tanpa permit, boleh didakwa mengikut Seksyen 4(2) Akta Bahan Letupan 1957.

“Sabit kesalahan bakal berdepan hukuman penjara lima tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya.

“PDRM berharap larangan ini dipatuhi bagi mengelak kejadian tidak diingini,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");