Perak Hari Ini

Hospital Veteran ATM Pertama Bakal Dibina Di Ipoh

IPOH:Sejarah bakal tercipta dengan pembinaan sebuah hospital Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang memberi penekanan khusus dalam bidang kepakaran pesakit warga emas di Kem Gua Permai Ipoh di sini hari ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien terdahulu telah hadir meninjau sendiri tapak pembinaan hospital tersebut yang turut disertai oleh Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Katanya, hospital tersebut bakal menyediakan kemudahan lengkap dengan ciri-ciri rawatan kepada golongan veteran ATM yang pertama kalinya dibina di negara ini.

“Cadangan hospital ini bakal dibuka kepada orang awam dan para anggota akan dipertimbangkan termasuk dari segi komersial dan kemampanannya kelak,” katanya dalam satu sidang media sejurus meluangkan masa pada majlis ramah mesra bersama Veteran ATM dan para anggota ATM di Kem 23 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Kem Gua Permai, Tambun di sini, hari ini.

Hadir sama, Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

Katanya pembinaan hospital menelan belanja sekitar RM500 hingga RM600 juta yang turut merangkumi proses naiktaraf hospital ATM serta poliklinik yang kini sedang berjalan.

“Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S.Subramaniam mahu warga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga turut berbincang bersama pihak kami termasuk juga keperluan hospital ATM yang lain turut menerima pesakit terdiri daripada Veteran ATM,” katanya.

Terdahulu Kementerian Pertahanan (Mindef) menerusi agenda Kesihatan, bakal membina Hospital Veteran ATM khusus bagi memenuhi aspirasi dan keperluan golongan tersebut.

Pembinaan hospital ini akan menggunakan kaedah National Blue Ocean Strategy atau Strategi Lautan Biru Kebangsaan dengan pihak BP Healthcare Group (BPHG) yang berkonsepkan Public:Private Partnership (kerjasama awam swasta) bagi memasyikan veteran ATM mendapat perkhidmatan kesihatan yang berkualiti kelak.

Hospital ini bakal dibina di atas tanah milik ATM di Kem Gua Permai Jalan Tambun Ipoh seluas 95,000 kaki persegi serta akan berfungsi sebagai perkampungan Kesihatan Veteran dengan penyediaan kemudahan poliklinik pakar geriatrik iaitu bidang kepakaran pesakit warga emas serta kepakaran lain seperti pakar jantung, urologi dan neuropsikiatri.

Hospital Veteran ini juga bakal menawarkan kemudahan perkhidmatan tempat tinggal sementara yang berhampirsn hospital untuk kemudahan keluarga veteran yang dirawat dalam tempoh panjang menerusi dasar Plan transformasi Perkhidmatan kesihatan ATM 107-2050 yang giat dirancang serta dilaksanakan kini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");