Sukan Hari Ini

‘Ibarat Jual Nama Negara’: Misbun

JURULATIH perseorangan lelaki negara, Datuk Misbun Sidek, melahirkan kekecewaan dengan dakwaan skandal mengatur perlawanan yang dikatakan membabitkan pemain profesional Malaysia.

Arena badminton negara gempar apabila dua pemain profesional tempatan kini dikatakan dalam siasatan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) kerana didakwa mengatur perlawanan dan sedang digantung sementara daripada menyertai sebarang kejohanan.

Meskipun pemain berkenaan tidak bernaung di bawah Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Misbun menyifatkan ia amat memalukan kerana mereka tetap membawa maruah negara apabila bertanding.

“Secara dasarnya, ia amat memalukan kerana yang pertama sekali, apabila mereka bermain di peringkat antarabangsa, mereka menjual nama negara, itu yang tidak boleh.

“Kita harus berpendirian tegas,” katanya, menerusi laporan Stadium Astro, semalam.

Misbun juga menegaskan dia tidak perlu mengingatkan barisan pemain di bawah kendaliannya untuk mengelakkan diri daripada terlibat dengan insiden sedemikian, sebaliknya sebagai pemain mereka seharusnya sudah boleh berfikir secara waras kesan perbuatan tersebut.

“Apa yang kurangnya? Mereka berada dalam skuad kebangsaan, segalanya cukup.

“Perkara ini tidak perlu kita cakap, mereka harus sedar kerana ini adalah tanggungjawab untuk negara,” ujar jurulatih itu lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");