Jenayah

Istana Pahang Tunggu Laporan Siasatan, Polis Buru Dalang

KUANTAN: Istana Pahang masih menunggu berkaitan laporan daripada polis mengenai sindiket penjualan darjah kebesaran tidak wujud yang dipercayai berlaku di Pahang baru-baru ini.

Setiausaha Jumaah Pangkuan Diraja Pahang, Datuk Sabaruddin Sulaiman, berkata setakat ini, pihaknya masih belum menerima sebarang laporan polis berhubung kes itu.

“Mungkin polis terus maklum kepada Tuanku (Sultan Ahmad Shah) itu saya tidak pasti,” katanya memetik sumber Berita Harian.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai tangkapan yang dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang kerana masih belum mendapat gambaran jelas mengenai jenayah itu.

Media semalam melaporkan JSJK Pahang menahan seorang suspek wanita berusia 39 tahun di sebuah restoran di Chow Kit, Kuala Lumpur, Jumaat lalu dan sedang mengesan seorang lelaki dipercayai menjadi dalang utama membabitkan aktiviti penipuan penawaran dan penjualan darjah kebesaran negeri Pahang.

Wanita berasal daripada Kampung Baru, Kuala Lumpur itu dipercayai ditugaskan suspek utama mencari individu yang berminat membeli darjah kebesaran itu melalui laman sosial Facebook.

Sementara itu, Ketua JSJK Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof, ketika dihubungi berkata, pihaknya sedang bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi melengkapkan siasatan kes berkenaan.

“Kita masih menunggu laporan SKMM, sebaik laporan dilengkapkan kami akan dakwa dia (suspek wanita) di mahkamah,” katanya.

Mohd Wazir juga berkata, pihaknya juga sedang berusaha mengesan suspek utama berkenaan yang dipercayai masih berada di negara ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");