Isu Panas

Isu Tanah Ijok: BN Selangor, Peneroka Buat Laporan SPRM Minggu Depan

SEPANG — Barisan Nasional (BN) Selangor akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu tanah di mukim Ijok dalam tempoh seminggu lagi.

Ketua Penerangan BN Selangor Datuk Dr Mohamed Satim Diman berkata beberapa orang peneroka akan turut membuat laporan kepada SPRM berikutan pampasan yang mereka terima tidak mengikut harga pasaran terkini.

Beliau mempersoalkan tindakan Kerajaan Negeri Selangor menyerahkan kembali tanah tersebut kepada syarikat Mujur Zaman Sdn Bhd dan LBCN Development Sdn Bhd yang kemudiannya menjual tanah itu kepada pihak ketiga mengikut harga pasaran berjumlah RM1.18 bilion sedangkan pampasan diterima peneroka hanya kira-kira RM420 juta.

“Menghairankan apabila pampasan kepada peneroka mengikut harga lama  pada tahun 2000. Kalau dia (syarikat terbabit) boleh menjual (tanah) mengikut harga pasaran, kenapa pampasan kepada peneroka tidak mengikut harga pasaran?

“Maka menjadi tanda tanya ke mana baki hasil jualan tanah hampir RM800 juta?,” kata Mohamed Satim kepada pemberita pada program Jelajah Kasih Negeriku Selangor anjuran Penerangan BN Selangor di Ladang Fermanagh, Sungai Pelek, di sini hari ini.

???????Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebelum ini dilaporkan mengumumkan pembayaran pampasan kepada kesemua 980 peneroka berbentuk pampasan tunai RM180,000 seorang dan sebuah rumah bernilai RM250,000, melibatkan nilai keseluruhan RM421.4 juta.

Pada Rabu lepas, Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, mendesak Mohamed Azmin memberi penjelasan berhubung tindakan tergesa-gesa kerajaan negeri menyerahkan tanah bernilai RM1.18 bilion di mukim Ijok kepada dua syarikat tersebut pada 2016.

Beliau mempersoalkan justifikasi Azmin tidak menunggu kes berkenaan dibicarakan di Mahkamah Persekutuan memandangkan keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan pada 2013 dan 2014 telah memihak kepada kerajaan negeri dalam kes mengambil alih semula tanah daripada kedua-dua syarikat berkenaan.

Sementara itu, Mohamed Satim berkata isu perumahan melibatkan kira-kira 100 keluarga di Ladang Fermanagh, Sungai Merbau dan Sungai Rawang di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Sepat akan dimasukkan sebagai antara manifesto setempat BN Selangor.

“Ini adalah tanah persendirian dan penduduk di sini tidak mampu membeli rumah mengikut harga pasaran. Jika kerajaan negeri ingin membantu mereka, belilah tanah ini untuk membangunkan rumah mampu milik,” katanya.

Katanya isu itu yang telah berlanjutan sejak 25 tahun lepas masih tidak dapat diselesaikan kerana berdepan masalah pemilikan tanah.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");