Perak Hari Ini

Jom Meriahkan Festival Edu Fest 2018 Di RTC Gopeng

IPOH: Orang ramai khususnya pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dijemput datang memeriahkan Festival Pendidikan Tinggi Akademik Dan Kemahiran (Edu FEST 2018) yang berlangsung selama dua hari di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng di sini.

Edu Fest 2018 bermula hari ini sehingga esok merupakan anjuran Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

Majlis telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian Penerangan dan Pembangunan Modal Insan, Datuk Saarani Mohamad di sini hari ini.

Beliau semasa menyampaikan ucapan berkata penganjuran Edu Fest 2018 adalah bersesuaian dengan masa bagi pelajar yang sedang menunggu keputusan SPM untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada agensi dan institusi pendidikan yang turut serta pada festival kali ini berdasarkan kelayakan akademik masing-masing.

“Kita kini sering mendengar rintihan ramai diantara lulusan universiti mengadu tidak dapat perkerjaan yang sesuai malah kebanyakkan mereka menjadi pencari pekerjaan, saya tertarik dengan pembentangan daripada seorang profesor iaitu dont be a job seeker, be a job creater,” katanya.

Katanya, pihak pengurusan institusi disaran bukan hanya memberi maklumat berkaitan dengan syarat kemasukan ke  institut pengajian tinggi (IPT) tetapi memberi penerangan bagaimana kemahiran dan ilmu tersebut boleh digunakan untuk menyara kehidupan mereka selepas tamat pengajian.

“Ilmu diberikan Allah SWT boleh digunakan dalam pelbagai perkara dan tidak terikat dalam satu perkara sahaja jadi pelbagaikannya,” katanya.

Malah katanya, pelajar berhasrat mendapatkan ilmu dan kemahiran perlu merebut peluang menghadiri Edu fest 2018 yang menawarkan input berguna bagi menyambung pengajian di peringkat kolej dan institut pengajian tinggi (IPT).

Pelbagai agensi serta institusi pendidikan menyertai edu Fest kali ini iaitu Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Kolej Komuniti dan Institut Latihan Perindustrian (ILP).

Edu Fest 2018 turut berlangsung di empat RTC di seluruh negara seperti RTC Napoh, RTC Melaka dan RTC Pahang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");