Jenayah

Jumpa Mayat Helikopter Terhempas

TOKYO: Pihak berkuasa Jepun memaklumkan mereka menemui bahagian tubuh badan hari ini, ketika misi mencari seorang kru hilang dalam kemalangan helikopter tentera di barat daya negara itu.

Helikopter Apache itu terhempas di sebuah kawasan kediaman di wilayah Saga, semalam yang mengorbankan pembantu juruterbang Hiroki Takayama dan menyebabkan juruterbang Kenichi Saito hilang.

“Kami dimaklumkan satu bahagian tubuh badan ditemui. Namun, kita masih mengesahkan identiti pemilik tubuh badan ini,” kata jurucakap Kementerian Pertahanan.

Helikopter itu terhempas di wilayah Saga tujuh minit selepas berlepas, ia jatuh di atas sebuah rumah dan menyebabkan kediaman itu musnah terbakar.

Seorang kanak-kanak perempuan berada dalam rumah itu ketika nahas, namun beliau terselamat dengan hanya cedera ringan.

Rakaman video dari kenderaan berhampiran menunjukkan helikopter itu jatuh menegak dengan muncungnya ke arah darat lapor AFP.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");