Jenayah

Juruhebah Tampar Pengawal Keselamatan

PUCHONG – Gagal mengawal marah selepas ditegur kerana melanggar kon keselamatan, seorang juruhebah muzik di sebuah hotel bertindak menyerang dan menampar seorang pengawal keselamatan di Plaza Tol Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) menghala ke Puchong, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi, mangsa dikatakan membuat teguran kepada lelaki berusia 23 tahun itu selepas mendapati kenderaan milik juruhebah terbabit melanggar kon keselamatan.

Menurutnya, juruhebah tersebut tiba-tiba naik angin, meluru ke arah mangsa yang berusia 25 tahun dan terus menamparnya lapor Sinar Harian.

“Suspek turut ugut untuk cederakan mangsa dalam kejadian tersebut. Keadaan dileraikan dengan bantuan polis bantuan Litrak serta petugas peronda lebuh raya. Suspek ditahan dan dibawa ke balai.

“Terdapat beberapa saksi ketika kejadian berlaku,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");