Membawang Hari Ini

Kak Ani Bangga Peserta The Voice Thailand Nyanyi Lagu Dikir Puteri

Ratu Pop Etnik tanah air, Noraniza Idris mengaku berasa bangga dan terharunya apabila lagunya yang berjudul Dikir Puteri kembali diperkatakan apabila menjadi pilihan peserta program The Voice Thailand, baru-baru ini.

Menurut laporan Sinar Harian, figura yang mesra disapa dengan panggilan Kak Ani ini berkata ia jelas membuktikan bahawa pengaruh Irama Malaysia berjaya meletakkan keyakinan masyarakat luar negara untuk menghargai karya tempatan yang dianggap terbaik dan unik dari Malaysia.

Satu kekuatan apabila melihat persembahan mereka benar-benar menghormati dan menghargai konsep lagu tersebut.

“Dari nyanyian, lirik (walaupun sedikit pelat), pakaian, lenggok air dikir barat nyanyian saya, mereka cuba buat dengan sebaiknya ,” ujar Noraniza.

Dia juga memuji usaha penyanyi dan koreograf program berkenaan yang mengekalkan identiti lagu tersebut sesuai dengan konsep dikir barat dan tidak malu menggayakan cara orang Kelantan walaupun mereka rakyat Thailand.

“Menerusi persembahan tersebut, saya dapat mengesan mereka mengguna pakai cara lenggok saya untuk persembahan lagu tersebut dan bersungguh-sungguh koreograf persembahan mengikut identiti lagu tersebut agar sesuai dengan konsep dikir barat .

“Malah mereka juga tidak malu menggayakan cara orang Kelantan walaupun Thailand juga tidak lari jauh dari sejarah susur galur dengan negeri tersebut, ” luahnya yang skaligus berharap agar Irama Malaysia tidak dipinggirkan dalam arus kemodenan masyarakat hari ini.

Terdahulu, lagu Dikir Puteri menjadi tular selepas peserta duo rancangan realiti TV popular, The Voice Thailand, memilih untuk menyanyikan lagu ini dalam salah satu persembahan mereka.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");