Sukan Hari Ini

‘Kalau Bab Beri Alasan, Malaysia Boleh Menang Puluhan Emas’: Khairy

NILAI: Suasana sunyi tanpa hiruk pikuk sorakan daripada peminat di Velodrom Nasional sempena Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ATC) 2018 yang berlangsung semalam sedikit mencalarkan kredibiliti negara.

Apatah lagi apabila Malaysia menjadi tuan rumah acara berprestij tersebut.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang hadir bagi memberikan sokongan moral dan memeriahkan majlis berasa kecewa dan terkilan dengan sambutan dingin yang dipamerkan peminat sukan tanah air.

Memetik laporan Astro AWANI, kekecewaannya itu diluahkan menerusi Insta Story selepas kejohanan berakhir.

Menurut Khairy, apa yang mengundang kekecewaannya adalah kekurangan sokongan daripada penonton tuan rumah apabila hanya separuh kerusi velodrom dipenuhi semasa Kejohanan Berbasikal Asia itu berlangsung.

Tambahnya lagi, cuti umum dan kurang hebahan tentang program ini tidak sepatutnya menjadi alasan kepada peminat sukan tanah air.

Khairy turut membidas sebahagian peminat sukan yang sering bersuara di media sosial tetapi enggan datang memberi sokongan.

Pada kejohanan itu, jaguh berbasikal trek kebangsaan, Mohd Azizulhasni Awang meraih pingat perak acara pecut individu lelaki.

Pelumba yang mendapat jolokan ‘The Pocket Rocketman’ itu yang turun dengan misi mempertahankan gelaran juara pecut Asia yang diraih pada edisi 2017, terpaksa akur dengan kepantasan seteru utamanya dari Jepun, Kazunari Watanabe.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");