Sukan Hari Ini

‘Kami Pasti Akan Bangkit’

HARAPAN untuk menyaksikan juara keirin dunia, Azizulhasni Awang serta rakan senegara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom merangkul pingat emas dalam aksi final keirin pada Kejuaraan Berbasikal Asia (ACC) 2018 di Velodrom Nasional Malaysia, Nilai, Negeri Sembilan semalam tidak kesampaian.

Beberapa kesilapan ketika berlumba selain strategi pihak lawan yang berjaya memerangkap kedua-dua jaguh harapan negara itu menyebabkan mereka tidak boleh bergerak bebas untuk mencari ruang melepaskan diri.

Azizulhasni ketika ditemui mengakui kecewa dan sedih kerana tidak dapat menghadiahkan pingat emas kepada para penyokong yang membanjiri Velodrom Nasional Malaysia.

“Segala-galanya berjalan lancar pada saingan separuh akhir tetapi semasa melakukan kayuhan pada aksi final, posisi kegemaran saya telah diambil Tomoyuki Kawabata (Jepun), manakala Chaebin Im (Korea Selatan) turut mengawal pergerakan saya.

“Saya bernasib baik kerana sekurang-kurangnya dapat menghadiahkan gangsa kepada para peminat. Saya berjanji untuk kembali bangkit pada acara pecut lelaki, esok” kata Azizulhasni.

-Kosmo!

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");