Perak Hari Ini

Kaunter Rakyat MBI Perlu Diperluaskan

Perkhidmatan Kaunter Rakyat MBI (Majlis Bandaraya Ipoh) dilihat perlu diperluaskan perkhidmatannya bagi menarik lebih ramai selain memudahkan warga kota Ipoh membuat urusan tertentu.

Ahli Majlis MBI, Aldrich Low ketika ditemui di Hari Bertemu Komuniti Tawas berkata, inisiatif yang mula diperkenalkan MBI sejak tahun 2010 ini telah memberi banyak kemudahan kepada warga kota secara umumnya dan warga Tawas secara khasnya. 

Selain itu katanya, Kaunter Rakyat MBI menyediakan perkhidmatan pembayaran bil-bil MBI meliputi cukai taksiran, lesen perniagaan atau periklanan, sewaan rumah pangsa atau gerai, bil sampah dan kompaun letak kereta.

“Hari ini juga adalah pertama kali bagi Kaunter Rakyat MBI yang baharu berada di Kampung Tawas. Ia akan bergerak dan akan berada di beberapa lokasi sekitar Ipoh mengikut jadual yang ditetapkan.

“Kaunter Rakyat MBI akan berada di sini lagi pada 17hb April, 3hb Julai, 4hb September dan 27hb November tahun ini,” katanya disini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut berharap supaya bilangan Kaunter Rakyat MBI dapat ditambahkan pada masa hadapan supaya ia boleh lebih kerap berada di Kampung Tawas dan membawa kemudahan kepada warga Tawas dan penduduk sekitar.

Jelas Aldrich, sekiranya ada platform yang lebih besar pada masa depan maka beliau merancang untuk memanggil lebih banyak unit kerajaan dan badan berkenaan turun bersama, menawarkan pelbagai perkhidmatan, memanfaatkan rakyat dan memeriakan suasana tempatan.

Terdahulu Hari Bertemu Dengan Komuniti Tawas diadakan di depan Dewan Tawas bersama Kaunter Rakyat MBI yang baharu, anggota Unit Korporat & Perhubungan Awam, anggota Pejabat Kesihatan Daerah Kinta dan sukarela NGO Kitar Semula KoHijau.

Hari Bertemu sedemikian merupakan pertama kali diadakan di sini dan dapat sambutan baik daripada warga Tawas dan penduduk sekitar.

 

 

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");