Membawang Hari Ini

Kawan Lama Sah Jadi Suami Siti Saerah

PETALING JAYA: Adik kepada penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin iaitu Siti Nursaerah sah bergelar isteri kepada pengurusnya, Mohd Sharidan Johari dengan sekali lafaz kira-kira pukul 11 pagi Sabtu.

Pasangan itu disatukan sebagai suami isteri dalam sebuah majlis sederhana yang diadakan di Pusat Antarabangsa Cornerstone, Kuala Lumpur, dekat sini.

Saerah, 34, yang kelihatan anggun dengan persalinan berwarna putih itu menerima mas kahwin berjumlah RM100 daripada Sharidan, manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Siti Nurhaliza bersama kira-kira 100 ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

Sementara itu, Sharidan yang dihubungi meluahkan rasa syukur apabila majlis yang dirancang berjalan lancar.

“Alhamdulillah saya selamat bergelar suami dengan sekali lafaz pagi tadi. Perasaannya masih gementar dan pada masa yang sama gembira semuanya berjalan lancar.

“Apa yang paling utama ialah tanggungjawab sebagai suami dalam membimbing isteri dan anak-anak pula selepas ini,” ujarnya memetik sumber dari mStar Online.

Saerah mengenali suaminya itu pada 2009, namun hubungan tersebut putus selepas dia berkahwin pada 2010.

Bagaimanpun, menurut Saerah, mereka bertemu semula dan menjalinkan hubungan lebih akrab pada 2016.

“Dia (Shahidan) adalah kekasih dan pemangkin semangat saya dan sebenarnya kami sudah mengenali sejak 2009 namun hubungan itu terputus selepas saya berkahwin.

“Kami kembali bertemu dua tahun lalu dan sejak itu hubungan kami bertambah rapat kerana saya senang dengan sikapnya yang sentiasa menyokong dan sering memberi semangat kepada saya,” katanya.

Saerah pernah berkahwin dengan Saiful Anuar Ahmad Shafie, pada 27 Oktober 2010, namun berpisah emat tahun kemudian.

Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ummi Umairah, 6, Ahmad Daiyan, 5, dan Ahmad Aisy, 3 tahun.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");