Perak Hari Ini

Kejohanan Silat Antarabangsa UPSI Ke-9 Bakal Tempa Nama Dalam Malaysia Book Of Record

IPOH: Seramai 3,000 pesilat mewakili 137 pasukan dari dalam dan luar negara bakal berentap bagi merebut Piala Menteri Besar dalam Kejohanan Silat Antarabangsa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Kali Ke-9, yang akan diadakan selama lima hari bermula 20 Mac 2018.

Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan (PESAKA) Negeri Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin berkata pada tahun ini, acara antarabangsa tersebut bakal menempa sejarah dalam Malaysia Book Of Record sebagai kejohanan silat terbesar dan disertai paling ramai yang pernah dianjurkan di Malaysia.

Ujaranya ia juga bakal mempertandingkan 2,800 acara yang melibatkan 6 gelanggang di Dewan Tuanku Canselor UPSI, Tanjung Malim.

“Daripada 137 pasukan yang terlibat, 46 pasukan terdiri daripada kategori Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swatsa. 44 pasukan pula merupakan bagi kategori remaja antarabangsa.

“Ia termasuk, 2 pasukan dari Filipina, 1 pasukan dari Indonesia, serta 5 pasukan dari negeri dan 37 pasukan yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah termasuk sekolah harian, Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan sekolah sukan,” katanya.

 

Tambahnya lagi, bagi kategori terbuka antarabangsa, seramai 47 pasukan bakal terlibat.

5 pasukan dari Indonesia, 3 pasukan daripada Filipina, Brunei, dan Vietnam serta 10 pasukan negeri bakal berentap merebut gelaran juara kategori tersebut.

Kejohahan silat yang mendapat kerjasama PESAKA Perak ini juga bakal menyediakan hadiah berupa wang tunai yang keseluruhanya berjumlah RM8,100.

Zainol yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Perak (ADUN) Sungai Manik berkata, hadiah tersebut bukanlah menjadi tarikan utama bagi kesemua peserta sebaliknya gelaran juara bagi acara berprestij ini yang menjadi rebutan mereka.

“Yang lebih penting di sini mereka ini dapat menjadikan pertandingan ini sebagai persediaan dan melihat (menguji) prestasi semasa kerana, kebanyakkan peserta daripada kategori remaja ini terdiri daripada peserta SUKMA 2018 (Sukan Malaysia 2018),” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam satu sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan dekat sini, hari ini.

Pada sidang media tersebut, turut diadakan upacara penyerahan Piala Menteri Besar yang baharu, bagi menggantikan piala yang lama.

Ia disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir bersama-sama Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPSI, Profesor Madya Dr Md Amin Md Taff.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");