Jenayah

‘Kenal Menerusi WeChat’

PORT DICKSON: Suspek utama kes pembunuhan juruteknologi pergigian di Kuarters Kesihatan Lukut, di sini, baru-baru ini, mendakwa mengenali mangsa melalui aplikasi WeChat, tiga hari sebelum kejadian.

Memetik laporan BH Online, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Zainudin Ahmad, berkata lelaki berusia 19 tahun itu mendakwa mangsa berjanji memberinya pekerjaan dan itu mendorong suspek menaiki bas dari Johor Bahru ke rumah mangsa di sini, 15 Januari lalu.

“Suspek mendakwa mangsa tidak menepati janji, malah mengurungnya di rumah berkenaan.

“Mereka bertengkar sebelum suspek memukul mangsa menggunakan topi keledar dan alat pemadam api pada 18 Januari lalu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson, hari ini.

Zainudin berkata, suspek melarikan diri menggunakan motosikal mangsa dan siasatan polis membawa kepada penahanan suspek di rumahnya di Johor Bahru pada jam 9 malam kelmarin.

Mahusin Abd Rahim, 28, ditemui mati di rumahnya dengan kesan kecederaan pada kepala akibat hentakan objek keras pada 22 Januari lalu.

Mangsa yang dipercayai sudah meninggal dunia lebih 72 jam, ditemui terbaring di atas tilam oleh seorang rakan yang datang ke rumah terbabit di tingkat empat pada jam 8.30 pagi hari berkenaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");