Perak Hari Ini

Keputusan Peperiksaan I’dadi Dan Thanawi Catat Penurunan

IPOH: Kerajaan Perak mengumumkan Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Daerah Manjung sebagai sekolah terbaik bagi peperiksaan I’dadi manakala Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Daerah Batang Padang muncul sebagai sekolah terbaik bagi peperiksaan Thanawi bagi tahun 2017.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam, Dan Pembangunan, Datuk Dr Nizar Zakaria berkata secara keseluruhan pencapaian keputusan peperiksaan berkenaan menunjukkan penurunan dari segi peratusan iaitu sebanyak 1.18% iaitu 2.47 mata pada tahun 2017 berbanding 2.41 mata pada tahun 2016 bagi peperiksaan I’dadi.

Manakala bagi peperiksaan Thanawi, mencatatkan penurunan sebanyak 7.29 % iaitu 2077 mata pada 2017 berbanding 2.41 mata pada tahun 2016.

“Peperiksaan ini telah dijalankan 23-26 Oktober 2017 dengan lancar dimana seramai 1,032 calon peperiksaan I’dadi manakala 2,303 calon peperiksaan Thanawi telah mendaftar.

“Jadi sebanyak 48 sekolah yang mengambil peperiksaan ini meliputi 3 buah Sekolah Menengah Kerajaan Negeri (SMAN), 5 buah Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan (SMTDR), 23 buah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), 12 buah Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) dan  5 buah Maahad Tahfiz,” katanya pada sidang media Pengumuman Keputusan Peperiksaan I’dadi dan Thanawi 2017, disini, hari ini.

Nizar menambah, daripada jumlah keseluruhan, bagi peperiksaan I’dadi, bilangan yang memperolehi Mumtaz (Cemerlang) bagi semua mata pelajaran adalah seramai 296 calon iaitu 29.72 %.

Jelas beliau lagi, bagi peperiksaan Thanawi pula seramai 301 calon memperolehi Mumtaz (Cemerlang) bagi semua mata pelajaran bagi tahun ini.

“Sehubungan itu, Nur Hidayati Munirah Jamnul Azazi dari Sekolah Raja Perempuan Taayah, Ipoh diumum sebagai pelajar terbaik bagi peperiksaan I’dadi manakala Anis Nabila Sakinah Nazri dari Sekolah Raja Dr Nazrin Shah pula menjadi pelajar terbaik bagi peperiksaan Thanawi,” katanya lagi.

 

 

 

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");