Perak Hari Ini

Kerajaan Negeri Komited Bekerjasama Bangunkan Tanjung Malim Jadi Hub Automotif, Bandar Belia

MANJUNG:Kerajaan Negeri komited menjalinkan kerjasama yang erat dengan Kerajaan Persekutuan bagi merealisasikan usaha membangunkan kawasan Tanjung Malim sebagai hab industri automotif yang terkenal.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata komitmen tinggi yang dinyatakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak pada majlis pelancaran Kluster Automotif Nasional di Kompleks Sukan Proton, Proton City semalam adalah bukti dokongan pihak kerajaan dalam memastikan Proton tidak ketinggalan.

“Semua itu memberi indikasi bahawa memberikan pengupayaan kepada Tanjung Malim menjadi bandar yang pesat membangun dalam tempoh beberapa tahun akan datang malah Perdana Menteri semasa menyampaikan ucapan bajet beliau menyebut kawasan pertumbuhan baru bajet ialah kawasan Perak selatan disebutkan secara terang,” katanya.

Berikutan itu katanya,pertumbuhan masa depan buat bandar Tanjung Malim berkembang sebagai bandar automotif lebih meyakinkan.

“Kerajaan negeri akan memberikan kerjasama yang mantap dengan kerajaan Persekutuan setelah pihaknya menerima pelan perancangan Perak Selatan bersama Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), kita berharap agar pelan tersebut dapat direalisasikan,” katanya dalam satu sidang media sejurus menghadiri majlis sembang santai bersama anak muda di Dewan Dato Seri Kamaruddin hari ini.

Terdahulu beliau berinteraksi secara dekat dengan lebih 200 anak muda dan berkongsi cerita dan padangan mengenai isu masa kini dan pelaksanaan serta hala tuju Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Sementara itu katanya, Kerajaan Negeri telah mengadakan perbicangan awal dengan pihak Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia (KPKT) berkaitan dengan usaha mewujudkan sebuah Bandar Belia di Tanjung Malim.

“Pembinaan ini diharap dapat disegerakan cadangannya untuk menyediakan prasarana asas di Tanjung Malim termasuk kemudahan pengangkutan menghubungkan satu lokasi ke satu lokasi kelak.

“Kerajaan Negeri turut mencadangkan kerajaan persekutuan agar membantu menyediakan tempat penginapan hotel bertaraf tiga atau lima bintang serta resort untuk kemudahan pengguna,” katanya.

Tambahnya perkara penting yang menjadi keutamaan adalah usaha menjadikan kawasan Tanjung Malim seperti bandar automotif terkenal pada peringkat antarabangsa dan kejayaan untuk menyediakan Youth City atau Bandar Belia di daerah itu direalisasikan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");