Perak Hari Ini

Kerajaan Negeri Mahu 1MPAK Jalin Kerjasama Dengan PEKA

IPOH: Kerajaan Negeri Perak menyambut baik usaha Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang memilih negeri ini sebagai salah satu destinasi mereka bagi melancarkan Inisiatif Melestari Pembangunan Komuniti (1MPAK), hari ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata usaha MARA yang mahu berkolaborasi dengan kerajaan negeri bagi menyediakan ruang pendidikan dan latihan untuk golongan muda menempatkan diri dalam industri pekerjaan juga harus diberi pujian.

“Tahniah kerana mereka mengambil pendekatan bekerjasama daripada bersaing kerana mereka tahu di sini kerajaan negeri telah pun mewujudkan sebuah institusi yang melaksanakan tugas yang sama iaitu, Pusat Kerjaya AmanJaya (PEKA).

 

“PEKA sudah melaksanakan tugas dengan baik namun, ianya juga memerlukan penambahbaikkan bagi mengembangkan lagi potensi mereka.

“Saya mahu lihat PEKA dan 1MPAK akan bekerja dalam satu kumpulan bagi mewujudkan peluang-peluang pekerjaan kepada anak-anak mudah kita,” katanya.

Ujarnya, kerana perkembangan dan perubahan drastik pada beberapa industri pasaran pekerjaan masa kini, inisiatif seperti ini sangat diperlukan golongan muda khususnya yang memerlukan bimbingan dan latihan bagi menempatkan diri mereka pada satu-satu pekerjaan.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyempurnakan perasmian Program 1MPAK di Padang SMK Kampung Dato Ahmad Said, Manjoi dekat sini, pada Sabtu.

Program yang diadakan bersempena dengan Program Pemukiman Menteri Besar Daerah Kinta itu turut dihadiri, Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia dan Sukan, Datuk Shahrul Zaman Yahaya; ADUN Hulu Kinta, Datuk Aminuddin Md Hanafiah; ADUN Manjoi, Mohamad Ziad Mohamed Zainal Abidin serta Yahaya Sani, Pengarah MARA Negeri.

Terdahulu Zambry turut berkesempatan menyertai acara larian 5 Kilometer bersama penduduk setempat dan merasmikan acara Fit Perak@Kinta di sini.

1MPAK telah dilancarkan pada 27 Januari lalu di Bera, pahang oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Selepas Perak, 1MPAK akan menjelajah ke beberapa kawasan selurh negara antranya Pendang, Kedah, Teluk Kemang, Negeri Sembilan dan Bachok, Kelantan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");