Perak Hari Ini

Kerajaan Negeri Sumbang RM50,000 Kepada TAWP

IPOH: Pengurusan dan pentadbiran negeri Perak yang aman dan jaya ataupun lebih dikenali sebagai ‘Perak Amanjaya’  tidak dapat dijayakan tanpa usaha semua pihak khususnya daripada pasukan keselamatan dan anggota polis.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, melalui pendekatan kerajaan negeri yang mengamalkan semangat berpasukan, sebarang permasalahan yang berlaku dapat diselesaikan dengan cepat.

“Umpamanya dalam program-program pemukiman Menteri Besar yang mana kita dapat melihat kesemua anggota polis bekerja siang dan malam sebagai satu pasukan, bagi menjayakan program tersebut di seluruh kawasan dan daerah di Perak.

“Dan ada banyak lagi usaha yang boleh kita bekerjasama untuk terus menjadikan negeri Perak kita ini sebagai negeri aman dan jaya,” katanya ketika berucap merasmikan Program Kembara Bermotosikal  Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP) bersempena Hari Polis Ke-211 di Kediaman Menteri Besar Perak, dekat sini, pada Isnin.

Pada masa sama, beliau turut mengumumkan sumbangan kerajaan negeri kepada TAWAP bernilai RM50,000.

Sementara itu, Ketua Polis Perak Datuk Hasnan Hassan berkata, hubungan baik serta kerjasama dua hala antara kerajaan negeri dan polis amat penting bagi memastikan persekitaran bandar sentiasa berada dalam keadaan selamat dan memudahkan polis dalam usaha memerangi jenayah di seluruh negeri.

Acara kembara bermotosikal yang diketuai Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Sri Zulkifli Abdullah turut disertai 50 orang anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) lain-lain pangkat.

Difahamkan kesemua peserta akan terus bergerak menuju ke Cameron Highlands, Pahang.

Program turut dihadiri Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Omar Mammah.

Untuk tambahan, inisiatif TAWP ini bertujuan mengisi Tabung Amanah Warisan Polis, sekaligus memastikan kesinambungan bantuan khairat kematian, perubatan, pergerakan, pendidikan mahupun kemalangan akibat bencana alam kepada lebih kurang 140,000 pesara dan bekas anggota polis, termasuk balu, duda serta anak dalam tanggungan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");