Berita Hari Ini

Kerajaan Tak Henti Subsidi – PM

KUALA LUMPUR: Rakyat tidak harus terpengaruh dengan tuduhan bahawa kerajaan tidak menyediakan subsidi untuk rakyat kerana ia tidak benar sama sekali.

Datuk Seri Najib Razak menegaskan, kerajaan membelanjakan peruntukan yang besar untuk subsidi dalam pelbagai sektor.

Perdana Menteri berkata, beliau mendengar seruan meminta kerajaan menyediakan subsidi untuk rakyat mengurangkan kos sara hidup.

“Seperti yang diumumkan dalam Bajet 2018, sebanyak RM3.9 bilion disediakan untuk subsidi barang serta pengangkutan seperti gas memasak, tepung, minyak masak dan banyak lagi.

“Selain subsidi untuk barang, terdapat subsidi elektrik dan tol supaya kenaikan kadar elektrik dan tol dapat dielakkan.

“Kerajaan juga memperuntukkan subsidi kesihatan yang tinggi setiap tahun,” katanya menerusi catatan di blog rasmi www.najibrazak.com, hari ini.

Najib, yang juga Menteri Kewangan menjelaskan, sebanyak RM26.5 bilion disediakan untuk penjagaan kesihatan pada 2018 meskipun kutipan dalam sektor itu hanya RM600 juta, menjadikan perbelanjaan selebihnya ditanggung penuh kerajaan.

Sejak 2012, beliau berkata, yuran wajib dikecualikan sepenuhnya di sekolah kerajaan dan kerajaan turut membiayai kira-kira 90 peratus daripada yuran pengajian universiti.

“Contohnya, yuran program pengajian perubatan sebelum subsidi adalah sebanyak RM289,885. Namun, selepas subsidi, pelajar hanya perlu membayar yuran RM9,000 sahaja sepanjang tempoh pengajian.

“Ini satu lagi contoh bagaimana subsidi pendidikan disalurkan,” katanya.

Bagi sektor perumahan, Najib berkata, kerajaan menyediakan subsidi dalam bentuk bantuan deposit iaitu Skim MyDeposit.

Selain itu, katanya, subsidi rumah kos rendah disediakan seperti Program Perumahan Rakyat, Rumah Generasi Kedua Felda dan Rumah Bina Negara Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA). – BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");