Isu Panas

“Kit Siang Nyanyuk, Perlu Berehat” : Pemuda PAS

KOTA BHARU: Sudah tiba masa Penasihat DAP, Lim Kit Siang berehat sepenuhnya daripada politik kerana acap kali mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan.

Naib Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, Kit Siang sudah nyanyuk dan lupa bahawa DAP sebenarnya yang mula memanaskan hubungan dengan Pas sehingga terkuburnya Pakatan Rakyat.

Ahmad Fadhli berkata, apa yang pasti, hubungan dua parti berantakan akibat perangai DAP sendiri yang menunjukkan belang apabila tidak menerima usaha Pas memperkasakan undang-undang syariah.

“Saya rasa Kit Siang ini nyanyuk dan perlu menjalani pemeriksaan kesihatan, DAP sendiri yang memutuskan hubungan dengan Pas malah pernah mendakwa Presiden kami sebagai hilang akal.

“Semuanya menunjukkan mereka yang memulakan langkah, DAP tidak bersetuju Pas bertegas mempertahankan hudud biarpun ia adalah perkara yang sudah menjadi prinsip parti sejak dahulu,” katanya menerusi laporan Utusan Online, hari ini.

Kit Siang dilaporkan berkata, punca Abdul Hadi marah kepada DAP hingga membawa perpecahan pembangkang adalah kerana DAP tidak menyokong cadangan Abdul Hadi menamakan dirinya dan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai calon Perdana Menteri pada 2013.

Mengulas lanjut, Ahmad Fadhli berkata, soal calon Perdana Menteri yang dibincangkan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dulu adalah soal teknikal yang dipersetujui pimpinan atasan dan tidak sepatutnya dibangkitkan semula.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");