Berita Hari Ini

‘Kita Sedia Bantu Buat Program’

IPOH – Jawatankuasa Masjid Negeri sedia berkongsi pengalaman dan khidmat nasihat dalam menjalankan aktiviti pengajian agama dan program-program lain kepada mana-mana jawatankuasa masjid yang berminat.

Imam Besar Masjid Negeri, Abdul Farid Salleh berkata, Masjid Negeri sangat aktif dalam mengadakan program berbentuk pengajian dengan setiap hari mempunyai 28 pengajian seminggu dengan setiap hari Isnin hingga Jumaat ada empat slot pengajian selebihnya pada hujung minggu.

Menurutnya, semua perbelanjaan mengendalikan program pengajian ini menggunakan duit masjid yang disumbangkan orang ramai walaupun pengurusan Masjid Negeri di bawah Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk).

“Selain itu, setiap bulan kami akan adakan dua program besar untuk menarik masyarakat supaya bersama-sama terlibat di dalam aktiviti yang dianjurkan masjid.

“Duit sumbangan orang ramai ini perlu digunakan sepenuhnya agar dapat dimanfaatkan oleh orang ramai. Itulah juga hasrat orang yang menyumbang. Mereka mahu ia digunakan dan bukan disimpan atau dikumpul,” katanya kepada Sinar Harian.

Abdul Farid berkata, bukan sahaja duit masjid digunakan untuk menjalankan pengajian tetapi sebarang kerosakan kecil dengan nilai di bawah RM10,000 juga akan menggunakan wang sumbangan orang ramai.

Menurutnya, secara purata kutipan mingguan setiap hari Jumaat bagi Masjid Negeri sebanyak RM7,000 hingga RM8,000.

Beliau berkata, pihaknya sedang merancang beberapa program serta kelas pengajian baharu iaitu Kelas Tahfiz Junior dan Kelas Kafa Belia yang bakal diadakan di Masjid Negeri.

“Kita sedia bantu jika mereka nak buat program pengajian. Memang semua masjid ada program pengajian, kita tahu tapi taklah banyak macam masjid negeri.

“Program-program lain pun kita ada contohnya seminar, solat hajat, forum Palestin dan sebagainya,” katanya.-Sinar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");