Perak Hari Ini

Kombinasi Calon Pacu Pembangunan Perak

IPOH – Kombinasi antara calon latar politik dan penjawat awam membantu kerajaan menguruskan negeri dengan baik berdasarkan pengalaman individu yang dipilih.

Adun Trong, Datuk Dr Zabri Abdul Wahid berkata, keputusan yang dibuat pimpinan khususnya

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dalam memilih calon sebenarnya merupakan satu perancangan jangka panjang untuk pembangunan negeri.

Katanya, selain calon tersebut boleh menang, pimpinan melihat latar belakang calon itu boleh membantu kerajaan untuk mengurus negeri dan rakyat.

“Macam saya, kekuatan saya adalah dalam bidang pertanian jadi sebarang isu melibatkan pertanian kita akan tangani dan cuba selesaikan demi kepentingan rakyat dan negeri.

“Malah idea saya supaya ditubuhkan sebuah lembaga bagi kelapa di peringkat Pusat bagi mengembalikan zaman kegemilangan kelapa Bagan Datuk mendapat maklum balas positif daripada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Zabri yang juga bekas Pengarah Mardi Perak berkata, segala pengalaman ketika berkhidmat sebagai pegawai awam digunakan untuk membantu kerajaan negeri khususnya dalam bidang pertanian.

“Saya tak ada masalah dalam bekerja sebagai wakil rakyat walaupun tak ada latar belakang politik. Yang penting kita buat amanah dengan baik dan bersungguh-sungguh,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");