Perak Hari Ini

Koo Ham Tak Puas Hati Tindakan Polis

IPOH:Tiga wakil rakyat pembangkang yang disiasat pihak Polis berkaitan dengan berhubung kebocoran maklumat sulit kerajaan negeri tidak berpuas hati malah mempertikaikan tindakan tersebut.

Menurut Penasihat DAP Perak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham berkata tindakan itu seolah mengganggu tugas wakil rakyat membongkar perkara yang disifatkan satu ‘skandal’ membabitkan agensi kerajaan negeri.

“Tiga wakil rakyat tersebut, Adun Tronoh, Yong Choo Keong, Adun Buntong Sivasubramaniam dan saya kini sedang disiasat dibawah Akta hasutan yang mana setelah kami bongkarkan skandal yang berlaku termasuk pembelian sebuah kereta,” katanya selepas diminta memberi tampil memberi keterangan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan tersebut.

Malah beliau turut mempersoalkan tindakan siasatan tersebut berikutan tindakannya itu disifatkan tugasnya selaku wakil rakyat.

“Membangkitkan isu-isu itu adalah tugas dan tanggungjawab kami sebagai wakil rakyat, kenapa kami disiasat mengikut seksyen ini?,” soalnya.

Walaupun beliau memberikan kerjasama namun Ngeh dengan tegas berkata pihaknya tetap akan tampil menunjukkan protes terhadap tindakan Polis kepadanya.

“Akta hasutan ini digunakan pada zaman British bagi pihak yang cuba untuk menggulingkan kerajaan secara paksaan tetapi kini digunakan kerana tindakan membongkar skandal jadi ia adalah seperti satu salah guna kuasa bagi pertahankan demokrasi dan hak wakil rakyat,” katanya.

Semalam, Koo Ham pada sidang medianya di Ibu Pejabat DAP Perak mendakwa polis melanggar undang-undang kerana mencampuri urusannya sebagai wakil rakyat apabila mendakwa Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, memiliki sebuah kereta mewah.

Koo Ham mendakwa Zambry menerima bonus RM115,000 daripada PKNP dan pembelian kereta Audi Q7 pada harga RM620,996 untuknya.

Terdahulu, dalam satu kenyataan rasmi semalam Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan, berkata Koo Ham dipanggil untuk membantu siasatan polis dalam kes membabitkan kebocoran maklumat fail kerajaan negeri yang dikategorikan sulit.

Beliau berkata, polis menyemak sama ada kes berkenaan mempunyai keterangan mencukupi atau tidak untuk disiasat mengikut Akta Hasutan 1948.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");