Berita Hari Ini

KPT Lanjutkan Tarikh Permohonan Biasiswa Hingga 28 Feb

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melanjutkan tarikh permohonan biasiswa pegawai dalam perkhidmatan bagi pengajian peringkat doktor falsafah (PhD) sehingga 28 Feb ini.

Menurut satu kenyataan KPT, menerusi laporan Bernama, pihaknya menerima banyak permohonan untuk perlanjutan tempoh berikutan permohonan berkenaan masih dalam status menunggu sokongan majikan dan universiti masing-masing.

“Justeru, pemohon boleh mengemukakan permohonan lengkap kepada bahagian biasiswa KPT melalui majikan masing-masing, selewat-lewatnya pada 28 Feb,” menurut kenyataan itu.

Sehingga 5 Jan, KPT menerima 66 permohonan daripada pegawai dalam perkhidmatan dan kini dalam pertimbangan KPT.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");