Perak Hari Ini

Lakar Nostalgia Bersama Kapal Korek TT5 Menerusi ‘80th Anniversary Time Capsule’

IPOH: Bagi meraikan 80 tahun usia Kapal Korek Tanjung Tualang (TT5) iaitu 1938 – 2018, Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc.) melalui anak syarikat Amanjaya TT5 merancang satu kempen unik yang dinamakan sebagai ‘80th Anniversary Time Capsule’.

Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc, Datuk Aminudin Hashim berkata kempen berkenaan akan bermula dari 8 Mac 2018 sehingga 8 Mac 2038 tapak sejarah Kapal Korek TT5 Tanjung Tualang.

Jelasnya, keunikkan kempen itu adalah menulis surat untuk dibaca selepas 20 Tahun.

“Bilakah kali terakhir anda menulis surat?  Ini adalah satu peluang untuk kita menulis surat untuk diri sendiri ataupun kepada orang yang tersayang mengenai perkara yang berlaku 20 tahun sebelumnya.

“Jika Kapal Korek ini boleh bercakap, kita percaya terlalu banyak perkara yang boleh dicakapkan seperti perang dunia pertama, perang dunia kedua dan perjuangan kemerdekaan satu masa dahulu.

“Cerita rakyat yang banyak boleh diperkatakan selama 80 tahun tidak semua didokumenkan,” katanya pada sidang media disini, hari ini.

Aminuddin menambah, Amanjaya TT5 ingin menjadi wakil untuk mengumpulkan cerita berbentuk surat yang tidak pernah diceritakan.

Jelasnya, MB Inc berharap peserta kempen itu dapat menulis surat yang menggambarkan tentang kehidupan, sebuah harapan.

“Tulislah mengenai satu impian dan cerita yang dapat menyentuh perasaan seorang penulis kepada orang yang tersayang dan juga dirinya sendiri.

“Sebagai Contoh, peluang untuk seorang bapa yang baru menimang anak pada tahun 2018 boleh menulis surat dan surat itu akan dibuka oleh anaknya pada 8 Mac 2038 sempena ulang tahun Tanjung Tualang TT5 yang ke-100.

Katanya lagi, MB Inc ingin mencipta peristiwa yang bakal memikat lebih dari 100 ribu penulis dan pembaca surat di Tanjung Tualang TT5 akan menjadi satu fenomena di Perak.

“Acara Simbolik ini adalah untuk semua Rakyat Perak melibatkan diri dengan hanya perlu membayar RM 30 untuk satu surat yang akan ditanam.

“Peluang seperti ini harus kita ambil kerana kita percaya aktiviti ini dapat merapatkan lagi Silaturrahim di antara kita.

Orang ramai dijemput untuk tidak melepaskan peluang menyertai kempen yang julung-julung kali bakal diadakan ini.

Marilah kita, turut serta melakar nostalgia bersama-sama Kapal Korek TT5 yang penuh dengan nilai-nilai sejarahnya.

 

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");