Isu Panas

Lantik Pekebun Dan Pemandu Grab Sebagai Calon: PSM Desperate Sangat Dah Ni

Perbezaan pendapat, cita-cita, dan kepentingan dikalangan pemimpin dan rakyat biasa boleh mencetuskan konflik, pertikaian dan penindasan.

Keadaan itu mungkin boleh menjadi lebih teruk sekiranya pemimpin yang dilantik itu tidak mempunyai kreadibiliti.

Tindakan dua aktivis pertanian yang membuat keputusan untuk bertanding sebagai Adun di Perak di bawah tiket Parti Sosialis Malaysia (PSM) dalam pilihan raya umum akan datang.

Dimana relevannya seorang aktivis sekiranya dilantik menjadi pemimpin kepada rakyat. Ingat senang ke.

Bukan semua orang boleh dan mampu jadi pemimpin. Setakat nak perjuangan satu pihak tidak menjadikan mereka ini mampu menjadi pemimpin.

Sebab apa?

Nak jadi pemimpin bukan hanya kena bawa suara rakyat di satu pihak saja. Pemimpin kena jaga kepentingan semua pihak bagi mengelak kekecohan.

Andy Chin Kwai Heng dan Chin Kwai Leong yang nak bertanding kerusi negeri Tronoh dan Menglembu di bawah kawasan pilihan raya parlimen Batu Gajah di Perak, hendak naikkan isu melibatkan pekebun.

Persoalannya, hanya ada pekebun je ke di kawasan tu. Isu-isu melibatkan perkara lain macam mana pula??

Rakyat bukan sahaja perlu pemimpin yang hanya menyelesaikan satu isu semata-mata. Bagaimana dengan kadar jenayah, atau peluang pekerjaan mahu pun isu berkaitan kesihatan dan sebagainya.

PSM ni nampak macam dah tahap terdesak nak cari calon untuk PRU. Sampai amik pekebun dan pemandu Grab sebagai calon.

Mungkin itu je lah tahap PSM kalau nak banding parti pembangkang lain. Lantik calon dikalangan pekebun dan pemandu Grab. Isu nya, layak kah? Adakah calon mereka ini boleh dihormati oleh rakyat. Atau nanti ditunjal kepalanya hanya untuk memenuhi keperluan tertentu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");