Perak Hari Ini
Like

Lebih 500 Pelajar SMK Tanjung Rambutan Terima Sumbangan

February 9, 2018
328 Views
0 Comments
1 minute read
Lebih 500 Pelajar SMK Tanjung Rambutan Terima Sumbangan

IPOH: Persediaan Tahun Baharu Cina kian terasa,apabila masyarakat Tionghoa kini sibuk membuat persiapan dengan membeli pelbagai kuih-muih, menghias rumah dengan pelbagai dekorasi serta tidak ketinggalan sumbangan kepada golongan yang memerlukan.

Bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Rambutan turut tidak melepaskan peluang menganjurkan melancarkan sambutan Tahun Baru Cina peringkat sekolah hari ini.

Pelbagai persembahan menarik seperti tarian kipas, tarian naga, pemberian limau dan kehadiran maskot yang memeriahkan suasana.

Majlis tersebut telah dirasmikan Adun Hulu Kinta, Datuk Aminuddin Md Hanafiah yang turut berkesempatan beramah mesra dengan para pelajar dan warga kakitangan sekolah serta ibu bapa.

 

Turut berlangsung pemberian sumbangan berjumlah RM55,100 bantuan awal persekolahan kepada 551 pelajar terpilih.

Aminuddin turut menyampaikan Ang Pau kepada pelajar kurang berkemampuan sempena sambutan tahun baru kali ini.

Jelas Aminuddin inisiatif pelbagai pihak termasuk pihak swasta dalam dalam memberikan sumbangan kepada sekolah telah membuktikan masih terdapat pihak yang sangat prihatin dalam memberikan bantuan termasuk menjaga kebajikan dan keperluan pelajar sekolah.

“Pada majlis ini sebanyak RM55,100 jumlah bantuan disalurkan dan dalam masa yang sama pihak sekolah turut menerima sumbangan biskut untuk para pelajar selama setahun oleh syarikat Shoon Fatt Biscuit dan bahan bacaan majalah Cahaya oleh Sin Chew Daily,” katanya.

Turut hadir sama Pengetua SMK Tanjong Rambutan,Gulam Muzammil Pk Mohamed.

Pada majlis tersebut turut dilancarkan projek Danathon dalam usaha pihak sekolah mengumpul sejumlah RM30,000 sehingga Mei ini untuk digunakan bagi menjalankan aktiviti di sekolah kelak.

Komen & Pendapat

Comments are closed.