Jenayah

Lelaki Tak Mengaku Salah Rogol Anak Tiri Hingga Hamil

KUALA TERENGGANU: Seorang pekerja ladang sawit dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas dua pertuduhan merogol anak tirinya yang masih bersekolah sehingga hamil.

Tertuduh yang berusia 50 tahun, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rofiah Mohammad.

Mengikut fakta kes, bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa memperkosa anak tiri perempuannya berusia 16 tahun di bahagian ruang tamu rumah mereka di Jertih, Besut pada jam 3 pagi, 25 Oktober 2017.

Memetik laporan BH Online, lelaki itu turut dituduh melakukan perbuatan sama terhadap mangsa yang juga pelajar Tingkatan Empat di sebuah sekolah menengah di Besut pada jam 9 pagi, 22 Mac 2015.

Dengan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dipenjara antara lapan hingga 30 tahun dan sebatan sekurang-kurangnya 10 kali bagi kedua-dua pertuduhan itu.

Rofiah yang menetapkan sebutan semula kes pada 28 Februari ini, tidak membenarkan tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Rohaiza Abd Rahman, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Perbuatan keji didakwa dilakukan tertuduh itu terbongkar selepas seorang guru sekolah menyedari perubahan fizikal mangsa pada 21 Januari lalu.

Berdasarkan pemeriksaan dilakukan, mangsa disahkan hamil lapan bulan sebelum laporan polis dibuat yang membawa kepada penahanan tertuduh.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");