Jenayah

Mahkamah Bebas Adam Adli

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan membebaskan aktivis Adam Adil Abdul Halim atas tuduhan memberi ceramah berbaur hasutan pada sebuah perhimpunan di ibu negara, hampir lima tahun lalu.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Mohd Zawawi Salleh yang bersidang bersama Datuk Abdul Rahman Sebli dan Datuk Kamardin Hashim membenarkan rayuan Adam Adli untuk mengetepikan sabitan terhadap tuduhan hasutan dan denda RM5,000.

Mohd Zawawi berkata mahkamah itu berpendapat bahawa hakim bicara di Mahkamah Sesyen  melakukan salah arah daripada segi undang-undang sehingga menyebabkan sabitan terhadap Adam Adil tidak selamat dan tidak dapat dipertahankan.

Antara  salah arah serius daripada segi undang-undang adalah untuk memerintahkan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu membela diri di bawah Seksyen 3 (1) (a) Akta Hasutan 1948 kerana membawa kebencian terhadap mana-mana pemerinthan atau terhadap kerajaan.

Bagaimanapun, katanya, Adam Adil, 30, didapati bersalah kerana menghina badan kehakiman atau rakyat atau menggalakkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia yang tidak mempunyai kaitan dengan ceramahnya.

Adam Aidil didakwa memberi ceramah menghasut pada satu perhimpuan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di Jalan Maharajalela, Dang Wangi di ibu negara antara jam 8.55 malam dan 11.15 malam, 13 Mei 2013.

Pada 19 November 2014, Mahkamah Sesyen mendapatki Adam Adli berrsalah dan menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi pada 2016 mengekalkan sabitan terhadap Adam Adli tetapi menggantikan hukuman penjara dengan denda RM5,000 atau dua tahun penjara.

Pada prosiding (Khamis), peguam Adam Adli, Gurdial Singh Nijar mengemukakan bahawa pertuduhan pilihan terhadap anak guamnya adalah cacat kerana dia disabitkan atas kesalahan yang dia tidak didakwa.

Timbalan Pendakwa Raya, Faizah Mohd Salleh berhujah bahawa Mahkamah Sesyen menganggap perkataan yang diucapkan oleh Adam Adli secara kekseluruhannya mempunyai kecendurungan untuk menghasut.-Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");