Berita Hari Ini

Mahmoud Abbas Bentang Isu Palestin Di PBB Februari Ini

NEW YORK (PBB): Presiden Palestin, Mahmoud Abbas akan berucap pada mesyuarat bulanan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) pada 20 Februari ini, yang membincangkan isu Asia Barat.

Pada 6 Disember lalu, Presiden Donald Trump mengubahkan dasar Amerika Syarikat dengan mengisytihar Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Berikutan itu, menerusi laporan BH Online, Mahmoud berkata, beliau mengemukakan permohonan kepada UNSC supaya memberi keanggotaan penuh PBB kepada Palestin.

Malah, beliau berkata, Palestin hanya akan menerima rundingan proses damai dengan Israel yang dianjurkan panel masyarakat antarabangsa.

“Ia adalah langkah yang tepat bagi semua ahli Majlis Keselamatan untuk mendengar isu ini daripada presiden (Palestin) sendiri.

“Tiada anggota majlis (keselamatan) yang akan menolak cadangan ini,” kata Duta Kuwait ke PBB, Mansour Ayyad Al-Otaibi yang bertindak sebagai Presiden UNSC bagi bulan Februari.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");