Membawang Hari Ini

Man Bai Bantu Pemuzik Jalanan

KUALA LUMPUR: Bekas vokalis Gersang, Man Bai, tidak menyangka tindakannya menyanyi bersama sekumpulan pemuzik jalanan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Awan Besar, Lebuh Raya Shah Alam (KESAS), baru-baru ini, mendapat perhatian ramai.

Kata Man Bai atau nama sebenarnya Abdul Rahman Osman, 50, sebagai penyanyi yang mengagumi bakat dan kesungguhan anak-anak muda berkenaan, tindakan tanpa dirancang itu secara tidak langsung dapat membantu kumpulan pemuzik jalanan terbabit menambah rezeki.

“Ketika mahu pulang ke rumah, saya singgah sebentar di kawasan R&R berkenaan untuk solat dan membeli sate. Sebaik saja ternampak mereka membuat persembahan, saya terdetik untuk menyanyi bersama kumpulan pemuzik itu. Sekurang-kurangnya, ia dapat juga menolong mereka mendapat rezeki lebih daripada mereka yang menonton.

“Ia juga bukanlah kali pertama saya menyanyi bersama pemuzik jalanan. Selalunya, kalau terjumpa mereka di mana-mana pun, saya akan tawarkan diri untuk menyanyi bersama,” katanya kepada BH Online.

Tambahnya, persembahan secara spontan sebegitu juga sangat penting kerana ia turut membantu seseorang penyanyi memantapkan lagi kemahiran nyanyian masing-masing.

“Kemahiran ini penting untuk mengelakkan kita menjadi gugup apabila diminta menyanyi secara spontan di mana-mana majlis. Saya pernah melihat penyanyi yang menolak permintaan sedemikian dan takut untuk menyanyi dengan alasan tidak bersedia,” katanya.

Menerusi dua video yang dikirimkan kepada BH Online, penyanyi berasal dari Johor Bharu itu menyanyikan dua lagu, masing-masing Kenangan Lalu yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Flybaits dan lagu popularnya, Kau Ilhamku.-BH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");