Perak Hari Ini

Masa Depan Baru Untuk Proton dan Tanjung Malim

TANJUNG MALIM: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini merasmikan Kluster Automotif Nasional @Proton City iaitu pelan untuk membangunkan Proton City di sini sebagai hab automotif berteknologi tinggi.

Menerusi program itu, Proton City di sini akan dibangunkan dengan pelbagai kemudahan termasuk pembangunan Bandar Belia 1Malaysia, rancangan Edu City, hab automotif berteknologi tinggi merangkumi teknologi kereta elektrik teknologi hijau, teknologi bateri kereta terkini, teknologi industri 4.0.

Pembangunan di Proton City turut merangkumi pemasangan kereta berjenama global dan pengeluaran kereta untuk pasaran eksport.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Kedua Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata pelancaran kluster itu baik khusus buat golongan belia namun paling penting adalah usaha menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan.

“Tiada guna menyediakan pelbagai kemudahan termasuk perumahan jika tidak disediakan peluang pekerjaan yang banyak di Proton City namun pelancaran pelan ini membawa kebaikan kepada perkembangan revolusi teknologi automotif di Proton kelak,” katanya pada satu sesi sidang media selepas pelancaran Kluster Automotif Nasional @ Proton City di sini, hari ini.

Mengulas mengenai cadangan perpindahan operasi Proton ke Tanjung Malim ia memerlukan masa dan satu perubahan baru untuk dilakukan.

“Kerajaan sentiasa memberikan sokongan kepada Proton dan ada hidup baru buat Proton.

“Pemindahan operasi ke Tanjung Malim bukan mudah seperti berpindah perabot ke rumah baru satu pembaharuan dilengkapi teknologi baru dan perubahan yang ingin dilakukan

“Ini masa depan baru untuk Proton dan Tanjung Malim dengan penyediaan kemudahan teknologi baru apabila berpindah sepenuhnya dalam tempoh lima tahun,” katanya.

Sementara itu Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom Berhad Datuk Sri Syed Faisal Albar berkata pelan yang mengambil masa sekitar lima tahun bagi pelaksanaannya antara lain mahu melihat kejayaan pelaksanaan Bandar Proton dapat direalisasikan.

“Proton City bakal menjadi tempat mengembangkan skill menjadi satu pusat operasi utama jadi ini peluang buat DRB Hicom untuk membangunkan bandar ini sebagai satu realiti dan paling utama menembusi pasaran eksport,” katanya.

Jelasnya lagi, proses pemindahan kilang dan operasi Proton di Tanjung Malim akan dilaksanakan secara berperingkat dalam tempoh lima tahun secara sepenuhnya kelak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");