Jenayah

Maut Rambut Terbelit Di Tayar Kereta Go-Kart

SEORANG wanita maut apabila rambutnya terpintal di tayar sebuah kereta go-kart yang dinaikinya.

Menurut laporan Times Now News, Puneet Kaur, 28, beriadah bersama suami dan dua anak mereka di Aqua Village ketika kejadian.

Disebabkan memandu terlalu laju, rambut mangsa tersangkut di bahagian tayar dan kulit kepalanya terkoyak dalam sekelip mata.

Mangsa segera dikejarkan ke hospital tetapi diisytiharkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan.Kejadian itu mengejutkan orang awam kerana aktiviti riadah go-kart mewajibkan pemandunya memakai helmet, selain mematuhi beberapa peraturan ketat untuk mengelak kecelakaan.

Suaminya, Amardeep Singh memberitahu polis: “Kami sedang gembira bermain go-kart dan tiba-tiba isteri saya menjerit.

“Saya terus berhenti dan melihat kulit kepalanya sudah tercabut. Saya tidak pasti kualiti tayar dan topi keledar yang digunakan isteri saya,” ujarnya memetik sumber dari Mstar Online.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");